“Hello?? Hazril, you kat mana ni?” tanya Indah sebaik sahaja talian di jawab. Lama betul dia tidak menghubungi lelaki itu.
“Indah.. what a
surprise!! I kat luar ni. Ada hal. Why you call me?”Hazril membuat isyarat diam
kepada Rai, temannya makan malamnya. “Rindu me ye??” tanya Hazril lagi dengan
senyuman sinis.
“Please Hazril,
this is not the right time to miss you or whatever... I called you so many
times. Kenapa tak jawab? I sms pun tak reply..” tanya Indah dengan pelbagai
emosi. Semuanya bercampur baur.
“Mana ada you
call sayang.. Tak de pun nama you at screen phone I ni. Kasih ada lah call.
Tapi I tak jawab lah. Busy. Dengan client” jawab Hazril sombong.
“Sms?” tanya Indah
lagi.Kuat suaranya. Kedengaran seperti alunan muzik yang terlalu kuat di ruang
Hazril. Entah bagaimana dia ingin menyampaikan berita ini.
“Kasih adalah. I
belum baca lagi lah. Nampak je nama dia, I malas nak buka. Lain lah kalau you
yang hantar” Hazril sengaja menyakiti hati Indah. “Anyway, why you tanya
macam-macam ni?” Hazril meninggikan suara kehairanan. Sejak 6 bulan yang lalu,
Indah tak pernah menghubunginya. Kalau mereka bertembung pun, sewaktu majlis
keluarga.
“Hazril, itu
semua I yang call. I yang sms. Bukan Kasih. I ambik phone dia je. Tapi tak pe
lah. I nak bagitau you ni, Hazril..” perlahan pula bunyinya. Indah bermain
dengan emosi.
“Apa yang urgent
sangat tu?” tanya Hazril. Sekelilingnya bising dengan muzik yang dipasang.
Dengan riuh rendah suara pasangan berdansa. Lampu pub bagai menggila menyinari
gelapnya kedaan di situ.
“Hazril, Kasih
dah tak de” ucap Indah senafas. “Kasih dah
pergi untuk selama-lamanya” ada nada terhenti di situ. Indah cuba melawan
kesedihan hatinya.
“Apa Indah..? I
tak berapa dengar. Kuat pulak muzik ni. Sesuai ni kalau you ada.. I boleh peluk
you dan menari ni..sure best, Indah!!” jerit Hazril di talian. Dia masih tidak
mendengar jelas apa yang Indah sampaikan.
“Hazril,
please…you dengar ke tak?”tanya Indah lagi. Hancur hatinya dengan tindakan
Hazril. Lupa pada tanggungjawab.
“Indah, you hold
on.. I keluar jap..” Hazril meminta Indah tunggu.
“Rai, you wait
for me ye darling.. I nak cakap kat luar jap.. love you” Hazril sengaja
membakar hati Indah. Dia tahu Indah sedang mendengar.
“Okey dear.. I
duk sini je..go..go..” jawab Rai, gadis yang lama ingin merebut Hazril. Kini
puas hatinya Hazril di depan matanya.
“Hello..hah..apa
dia? Apa yang you cakap tadi..? Baru jelas suara manja you, Indah..” Hazril
ketawa romantic.
“Hazril, this is
not the right time..” ujar Indah tersangkut-sangkut. Mengenangkan cara Hazril
bercakap dengannya sekarang seolah-olah ingin membalas dendam terhadapnya.
“Bila masa yang
sesuai? Semuanya tak sesuai lah kalau dengan you ni.. I tak faham lah. Hey
Indah, enam bulan tau..enam bulan I kehilangan you..still you cakap yang ni bukan
masanya..? so bila masanya, Indah?? You cakap!! Bila??” hazril menghamburkan
kemarahannya.
“Hazril, dengar
lah dulu..apa I nak cakap ni..” pinta Indah. Tangisannya tak tertahan lagi.
Sampai tak dapat dia bersuara lagi. Hanya tangisan.
“Indah, you tak
perlu nak nangis sekarang..semuanya dah terlambat. You yang pilih cara ni”
Hazril masih melepaskan amarCahnya.
“Hazril, walau
apa saja yang keluar dari mulut you ni, biarpun sakit hati I mendengarnya..tapi
ia tak sama dengan apa yang I rasa sekarang. Hazril, I call you ni bukan nak
dengar you melepaskan marah you..tapi I nak bagitau…yang..Kasih dah meninggal..
Kasih dah pergi untuk selama-lamanya. I harap you dapat berada di sini,
Columbia Asia. Semua family dah ada sini” tangisan Indah kembali bercucuran setelah
memaklumkan Hazril tentang kehilangan Kasih.
“Kasih??” Hazril
terduduk. Gelas yang dipegang dan di bawanya keluar jatuh ke lantai. Pecah. Kepingan
kaca yang jatuh berkecai itu ibarat keping-keping hatinya yang remuk.
“Hazril, Kasih
dah pergi.. baru kejap tadi. Dia demam.. I bawa dia datang sini..” ujar Indah
menerangkan keadaan Kasih serba sedikit.
“I on my way..”
talian terus dimatikan. Hazril terus mendapatkan keretanya dan memecut ke
Columbia Asia Hospital. Dalam keadaan yang tidak terurus, dia tiba di lobi
hospital. Terus ke kaunter pertanyaan. Dia ditunjukkan ke arah sekelompok orang
yang sedang berkumpul, di depan bilik kecemasan.