Saturday, November 1, 2014

KASIH UNTUK INDAH-TEASER


“Hello?? Hazril, you kat mana ni?” tanya Indah sebaik sahaja talian di jawab. Lama betul dia tidak menghubungi lelaki itu.
“Indah.. what a surprise!! I kat luar ni. Ada hal. Why you call me?”Hazril membuat isyarat diam kepada Rai, temannya makan malamnya. “Rindu me ye??” tanya Hazril lagi dengan senyuman sinis.
“Please Hazril, this is not the right time to miss you or whatever... I called you so many times. Kenapa tak jawab? I sms pun tak reply..” tanya Indah dengan pelbagai emosi. Semuanya bercampur baur.
“Mana ada you call sayang.. Tak de pun nama you at screen phone I ni. Kasih ada lah call. Tapi I tak jawab lah. Busy. Dengan client” jawab Hazril sombong.
“Sms?” tanya Indah lagi.Kuat suaranya. Kedengaran seperti alunan muzik yang terlalu kuat di ruang Hazril. Entah bagaimana dia ingin menyampaikan berita ini.
“Kasih adalah. I belum baca lagi lah. Nampak je nama dia, I malas nak buka. Lain lah kalau you yang hantar” Hazril sengaja menyakiti hati Indah. “Anyway, why you tanya macam-macam ni?” Hazril meninggikan suara kehairanan. Sejak 6 bulan yang lalu, Indah tak pernah menghubunginya. Kalau mereka bertembung pun, sewaktu majlis keluarga.
“Hazril, itu semua I yang call. I yang sms. Bukan Kasih. I ambik phone dia je. Tapi tak pe lah. I nak bagitau you ni, Hazril..” perlahan pula bunyinya. Indah bermain dengan emosi.
“Apa yang urgent sangat tu?” tanya Hazril. Sekelilingnya bising dengan muzik yang dipasang. Dengan riuh rendah suara pasangan berdansa. Lampu pub bagai menggila menyinari gelapnya kedaan di situ.
“Hazril, Kasih dah tak de” ucap Indah senafas.  “Kasih dah pergi untuk selama-lamanya” ada nada terhenti di situ. Indah cuba melawan kesedihan hatinya.
“Apa Indah..? I tak berapa dengar. Kuat pulak muzik ni. Sesuai ni kalau you ada.. I boleh peluk you dan menari ni..sure best, Indah!!” jerit Hazril di talian. Dia masih tidak mendengar jelas apa yang Indah sampaikan.
“Hazril, please…you dengar ke tak?”tanya Indah lagi. Hancur hatinya dengan tindakan Hazril. Lupa pada tanggungjawab.
“Indah, you hold on.. I keluar jap..” Hazril meminta Indah tunggu.
“Rai, you wait for me ye darling.. I nak cakap kat luar jap.. love you” Hazril sengaja membakar hati Indah. Dia tahu Indah sedang mendengar.
“Okey dear.. I duk sini je..go..go..” jawab Rai, gadis yang lama ingin merebut Hazril. Kini puas hatinya Hazril di depan matanya.
“Hello..hah..apa dia? Apa yang you cakap tadi..? Baru jelas suara manja you, Indah..” Hazril ketawa romantic.
“Hazril, this is not the right time..” ujar Indah tersangkut-sangkut. Mengenangkan cara Hazril bercakap dengannya sekarang seolah-olah ingin membalas dendam terhadapnya.
“Bila masa yang sesuai? Semuanya tak sesuai lah kalau dengan you ni.. I tak faham lah. Hey Indah, enam bulan tau..enam bulan I kehilangan you..still you cakap yang ni bukan masanya..? so bila masanya, Indah?? You cakap!! Bila??” hazril menghamburkan kemarahannya.
“Hazril, dengar lah dulu..apa I nak cakap ni..” pinta Indah. Tangisannya tak tertahan lagi. Sampai tak dapat dia bersuara lagi. Hanya tangisan.
“Indah, you tak perlu nak nangis sekarang..semuanya dah terlambat. You yang pilih cara ni” Hazril masih melepaskan amarCahnya.
“Hazril, walau apa saja yang keluar dari mulut you ni, biarpun sakit hati I mendengarnya..tapi ia tak sama dengan apa yang I rasa sekarang. Hazril, I call you ni bukan nak dengar you melepaskan marah you..tapi I nak bagitau…yang..Kasih dah meninggal.. Kasih dah pergi untuk selama-lamanya. I harap you dapat berada di sini, Columbia Asia. Semua family dah ada sini” tangisan Indah kembali bercucuran setelah memaklumkan Hazril tentang kehilangan Kasih.
“Kasih??” Hazril terduduk. Gelas yang dipegang dan di bawanya keluar jatuh ke lantai. Pecah. Kepingan kaca yang jatuh berkecai itu ibarat keping-keping hatinya yang remuk.
“Hazril, Kasih dah pergi.. baru kejap tadi. Dia demam.. I bawa dia datang sini..” ujar Indah menerangkan keadaan Kasih serba sedikit.
“I on my way..” talian terus dimatikan. Hazril terus mendapatkan keretanya dan memecut ke Columbia Asia Hospital. Dalam keadaan yang tidak terurus, dia tiba di lobi hospital. Terus ke kaunter pertanyaan. Dia ditunjukkan ke arah sekelompok orang yang sedang berkumpul, di depan bilik kecemasan.